Hantar notifikasi giliran terus dari nombor WhatsApp kedai anda. Percuma, pantas, dan pelanggan terus kenal nombor anda.
"Giliran anda (No. 12) hampir tiba! Sila ke kedai dalam 5 minit. — Barber Shop Khalid"
"Giliran anda sekarang! (No. 12). Sila datang ke kaunter. — Barber Shop Khalid"
"Terima kasih kerana melawati Barber Shop Khalid! Jumpa lagi 😊"
Pergi ke sacket.my dan daftar akaun percuma. sacket.my ialah platform WhatsApp CRM yang digunakan oleh ribuan bisnes di Malaysia.
💡 Tips
Dalam dashboard sacket.my, pergi ke menu Peranti (Devices). Klik "Tambah Peranti" dan imbas QR code menggunakan WhatsApp nombor kedai anda.
⚠️ Gunakan nombor WhatsApp kedai anda (bukan nombor peribadi). Pelanggan akan terima mesej dari nombor ini.
Setelah peranti connected, klik pada peranti tersebut dan salin Device ID. ID ini kelihatan seperti: f6ef47b7-cf7b-4922-8f70-f49af6c8e002
📌 Simpan ID ini — anda akan perlukan dalam langkah seterusnya.
Login ke portal web Barbs (barbs.my/app). Pergi ke Tetapan → Notifikasi. Aktifkan WhatsApp dan tampal Device ID sacket.my anda.
Dalam panel konfigurasi WhatsApp, masukkan nombor telefon anda dan klik "Uji WhatsApp". Anda akan terima mesej test dalam beberapa saat.
🎉 Tahniah! Sistem notifikasi WhatsApp anda dah berjalan. Pelanggan akan terima update giliran terus dari nombor WhatsApp kedai anda.
Kenapa sacket.my pilihan terbaik untuk notifikasi Barbs
| Ciri | sacket.my | Twilio | SMS |
|---|---|---|---|
| Kos per mesej | Percuma | USD 0.005–0.08 | RM 0.08–0.15 |
| Kelajuan hantar | <1 saat | 2–5 saat | 5–30 saat |
| Nombor pengirim | Nombor kedai anda | Nombor asing | Nombor asing |
| Media (gambar, PDF) | ✅ | ✅ | ❌ |
| Setup | 5 minit | 2–3 hari (approval) | Perlu vendor |
Setup dalam 5 minit. Pelanggan anda akan dapat notifikasi giliran terus dari nombor WhatsApp kedai anda.